Monday, June 14, 2010

Mengharapkan pulangan yang baik





Benih yang baik, kalu campak ke laut menjadi pulau...bukan kawan kata...mereka yang kata.
Perkara ni yang merungsingkan kawan takut2 plak nanti campak kelaut tenggelam tak timbul2 dah. Sukar untuk kawan wat keputusan, terpaksa servey banyak tempat untuk mendapat kepuasan. Mengharapkan kepulangan yang baik dalam pelaburan kebun sawit pada setiap bulan, setiap tahun selama 25 tahun. Akhirnya kawan wat keputusan untuk memilih benih dari sime darby siri GH500 seusia 10 bulan dengan harga RM 8.50 sepokok. Ape yang kawan nak tekankan tidak kira dalam ape jenis tanaman yang ingin diusahakan ialah pemilihan anak benih adalah satu proses yang amat penting dan merumitkan, so luangkan sedikit masa untuk wat 'kerja rumah' contohnya datang sendiri ke nursery, lihat kualiti dan pilih baka anak benih yang diinginkan serta dapatkan sebanyak mungkin maklumat yang boleh dari pengusaha semaian tentang ciri-ciri anak pokok , penanaman, penjagaan, penghasilan dan lain-lain. Jangan main hentam kromo jer...kelak kita yang rugi. Benih kawan akan sampai minggu depan kihkih :P sekian..