Thursday, January 7, 2010

Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC)


Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC) telah pun memulakan operasi sepenuhnya pada 4 Mac 09 dan kehadiran pelanggan diluar jangkaan walaupun belum ada sebarang promosi atau hebahan rasmi. Moga-moga usaha kerdil yang kita lakukan ini bagi membantu menyelesaikan permasalahan ummah akan diberkati, diredhai Allah dan dikira sebagai amal soleh disisi-Nya. Amin.

Sebanyak 40 jenis masakan dihidangkan di Restoran ROC. Keenakan masakan berkonsepkan ‘Chinese Food’ ini berjaya menarik penggemar masakan itu dari kalangan kaum Tionghua yang berada di sekitar Sungai Petani dan Pulau Pinang.

Suasana di ROC ketika beroperasi

Boleh dikatakan setiap malam selepas Maghrib, ROC mula dipenuhi dengan pelanggan. Pekerja tak menang tangan melayan setiap kehendak dan cita rasa pelanggan. Ada juga pelanggan berbangsa Tionghua yang berkunjung ke sini semata-mata ingin menikmati masakan di ROC.


Menurutnya masakan di ROC berbeza dengan restoran lain kerana rasanya yang unik dan lazat. Ada kelainan dengan masakan di restoran Cina yang lain. Rasa masakan di ROR seakan-akan campuran antara masakan Cina dan Melayu. Selain itu harganya juga berpatutan. Ikan siakap dan kerapu yang dimasak benar-benar segar di samping sup sayur dan cendawan yang dihidangkan sangat sedap, katanya lagi.


Kepada ahli-ahli HPA yang belum lagi berkunjung ke ROC, silalah ke sana dan anda akan dapat menikmati keenakan dan kelazatan masakannya. Lokasi ROC sebaris dengan RFC Sg Petani. Waktu operasi 11.30 pagi – 3 petang, 6 petang – 11.30 malam. No Tel : 04-4484715 Faks : 04-4484716

No comments:

Post a Comment