Thursday, January 7, 2010

Kedai Toharoh Dobi

Bangunan Kedai Toharoh Dobi tersergam indah.

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) telah berjaya mengorak langkah ke hadapan dalam perniagaannya dengan mewujudkan satu lagi bentuk perniagaan iaitu kedai dobi. Majlis Perasmian Toharoh Dobi telah diadakan pada 29/8/08 (Jumaat) di Amanjaya Sungai Petani,Kedah.

Perasmian yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad dilakukan serentak dengan majlis pelancaran 2 produk kegunaan harian iaitu Cecair Pencuci Freesia dan Pelembut Fabrik Mawar. Cecair Pencuci Freesia merupakan pencuci pakaian dalam bentuk cecair dan kebaikannya adalah untuk mereka yang elergi dengan bentuk serbuk terutama bagi mereka ada gangguan penafasan.

Pengarah Urusan bersama tetamu jemputan

Pelembut Fabrik Mawar satu-satunya produk wangian dan pelembut kain yang dikeluarkan oleh HPA sama seperti Pelembut kain softlan.Kedai Toharoh Dobi juga merupakan outlet HPA dalam memasarkan semua jenis detergent dalam bentuk MLM. Ahli-ahli HPA boleh mendapatkan produk tersebut di sini dan juga di cawangan-cawangan HPA yang ada di seluruh negara.

Staff Kedai Toharoh Dobi sedang memberikan taklimat

Kejayaan HPA mewujudkan kedai dobi ini memberi peluang kepada semua pengedar HPA yang ada di sekitar utara untuk mendapatkan perkhidmatan di sini. Sokongan dan dokongan daripada seluruh ahli HPA amat diperlukan bagi memastikan perniagaan ini terus maju dan berjaya menguasai dan mengambil pasaran yang ada di negara kita.

Sebahagian PJS KPU yang hadir memeriahkan majlis

No comments:

Post a Comment