


Herba HPA dikeluarkan dalam dua bentuk:-
1) Kapsul
2) Periuk
1) Kapsul :
Herba jenis kapsul merupakan herba yang paling cepat larut dalam air dan sesuai digunakan untuk semua pengguna untuk pengetahuan semua pengedar. Kapsul yang digunakan adalah daripada Industri yang diakui halalnya.


2) Periuk:
Penggunaan herba periuk di dalam 2 bentuk iaitu:-
2.1) Air Rebusan
2.2) Pati Rebusan
2.1) Air Rebusan :
Air rebusan digunakan untuk sakit yang tidak melarat dan tidak terlalu serius dan pati rebusan digunakan untuk penyakit yang serius.
Aturan guna:-
1-Masukkan kesemua campuran ubat periuk ke dalam periuk (periuk tanah adalah yang terbaik.
2-Masukkan air yang sama sukatan dengan herba tersebut (1:1).
3-Panaskan dengan api yang perlahan hingga mendidih. Pastikan melebihi 1 jam.
4-Keluarkan herba dan simpan di dalam peti sejuk atau dijemur kering.
5-Minum air rebusan 3 kali sehari selepas makan (pagi, petang dan malam).
6-Dos yang ditentukan ialah satu cawan teh cina (20ml).
7- Panaskan air rebusan setiap kali hendak minum.
8-Minum air rebusan ini hingga habis dan ulangi dengan rebusan kali kedua.
9-Ubat periuk ini hanya unuk 3 kali ditambah air (14 hari).


2.2) Pati Rebusan :
1-Menggunakan ’slow cooker’.
2-Masukkan air yang telah dididih dengan kadar nisbah 1 bahagian herba dan 1 bahagian air dan gunakan set yang paling rendah selama 4 jam.
3-Minum secawan lompang dan cara ini khususnya untuk pesakit yang serius seperti kencing manis, kanser pangkal rahim dan kanser payu dara.
** Rawatan yang dinyatakan diatas diaplikasikan hanya selepas mendapat rundingan HPA.
No comments:
Post a Comment