Monday, July 27, 2009
Lawatan Ke Taman Herba
Assalamualaikum
2 minggu berlalu, saya sempat wat lawatan ke taman herba seperti yang tertera pada alamat di atas. (klik pada gambar)1st time masuk taman herba nie terpegun juga melihat keunikan flora. Selama ini, saya hanya kenal name jer, pokoknya entah macammane bentuk, saya pun tak tahu. yang tahu TONGKAT ALI huhu. Pokok herba yang lain kalu nak tau singgah la ke sini.
Apa yang menariknya taman herba nii.. bukan sahaja sebagai pusat pemasaran herba bahkan terdapat juga perkhidmatan MANDI WAP HERBA dan RAWATAN FISH SPA. Nak tahu kelebihan 2 rawatan di atas leh la tanya tuannya sendiri (En Roslan 019-9470494 atau 019-9278271.
Saya ke sini sebenarnya bukan untuk mandi wap, tujuannya nak beli anak benih pokok buluh madu yang tepi tuh, nak wat aset untuk mase depan hehehe ramai yang tak tahu kelebihan buluh ini khususnya orang2 pahang. kita tunggu dan lihat sahaja hasilnya nanti selepas pokok berusia 8 bulan ditanam. :P Sekian assalamualaikum
Sunday, July 19, 2009
Harapan Sepanjang Zaman
HARAPAN SEPANJANG ZAMAN
“Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap, Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab, Pantun nasihat seperti ini sudah lama kita tidak dengari, pantun warisan nenek moyang kita , khususnya ketika si ibu mendodoikan anaknya. Pantun nasihat ini memperlihatkan harapan yang tinggi menggunung daripada setiap ibu bapa sejak dahulu lagi, supaya anak-anak mereka dapat membaca al-Quran seawal mungkin. Persoalannya, berapa ramai ibu bapa telah memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan seawal mungkin, khususnya pelajaran al-Quran seawal usia 4 tahun. :)
Kanak-kanak perlu diajarkan al-Quran seawal yang mungkin. Kanak-kanak yang telah dapat membaca al-Quran pasti akan lebih cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan lebih tenang menjalani kehidupan harian. Al-Quran yang dipelajari bukan sahaja merupakan mukjizat dan perlembagaan hidup agung, malah berperanan penting sebagai sumber dan asas kepada semua ilmu dan kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca Bahasa Melayu, Jawi dan sebagainya.
P/S /Kalau nak anak pintar ikutlah pantun nasihat di atas, saya melihat dari anak didik saya sendiri yang boleh membaca al-Quran seawal umur 7 @ 8 tahun (darjah 1/2) memang IQnya lebih mantap dari murid-murid yang lain. Ramai anak yang cerdas dan pintar didapati mempunyai ibu bapa yang prihatin terhadap keperluan anak dan sering meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka. Kita pula bagaimana? fikir-fikirkanlah
“…dan sesungguhnya Kami mudahkan al-Quran itu untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pengajaran…” (Surah al-Qamar, ayat: 13)
Sunday, July 12, 2009
8 JULAI 2009 (Lain Dari Yang Lain)
Sir shahril ketua masakan, telur dalam tin milo
Milik siapakah gadis ini,
bakal nazir memerhati
gerak geri kami
Renungan yang cukup menawan
Tangan2 sandwis pelbagai rasa
Gambar yang dirasakan menarik sepanjang aktiviti koko yang dijalankan baru2 ini, aktivit kali ini nampak kelainannya, murid diarah menyediakan masakan mengikut unit masing2 . Antara menu yang telah berjaya dibuat, masak nasi keras dalam buluh betung tebal 1 inci, masak telur ayam jadi telur penyu, nasi goreng perisa terlebih rasa, sandwis sardin ikan keli Sir Rizal, magie goreng bertompok-tompok dan rebusan telur dalam tin milo Cek Shahril. Memang berbaloi, Bukan setakat murid2 yang semangat , guru pun terlebih semangat, kalu tak cayer meh tengok gambar hehe :P
Wednesday, July 8, 2009
Datuk A. Samad Said
Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini – sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.
PPSMI Dimansuhkan Mulai 2012
Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.
Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu.
Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.
Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014. :0 HULALA...
"Nama saja orang Melayu, sikit adab pun tak tau. Panggil orang hoi, hoi, hoi. Saya ni apa? Kayu kah? batu kah?" "Alamak, Benggali tu bahasakan kita lah,". "Memang betul apa yang dia cakap, engkau tu..mana ada bahasa panggil orang hoi, hoi, hoi...
BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA!!
SATU LAUNGAN YANG BERGEGAR
Wednesday, July 1, 2009
Ukhwah Terjalin Kasih Terbina
Cekgu Din Tekan tubi 10 kali
Weh Ustazah tuh sempat lagi posing
Khusuk Ust Ali Tanpa menghiraukan Cik Pah
Suasana macam nie jarang skali berlaku
Masyuarat sambil makan tempoyak
Enjoi...Sebahagian Gambar Aktiviti Yang Sempat Diambil Pada Hari Ini Di Bilik Guru SK.........
Assalamualaikum,
Ukhwah Terjalin Kasih Terbina, Itulah yang dapat digambarkan sepanjang hari ini ditempat kerja. Belum pernah saya melihat keadaan yang sebegini meriah . Tahun-tahun sebelum ini keadaannya sunyi sepi tanpa ramai penghuni melainkan kerusi meja yang setia menanti kepulangan tuannya. Perubahannya dirasai pada tahun ini semuanya kernaMu Ya Allah yang memberi kefahaman serta menyatukan hati-hati kami.Alhamdulillah.
Kita Merancang ALLAH jua yang menentukan, kerana ukhwah kita bertemu, ukhwah terbina kerana persahabatan, kerna cita-cita perpisahan berlaku dan kerana persahabatan kita semua akan berkekalan. Thank U Allah keranaMu kami semua bersatu. SELAMAT MAJU JAYA KEPADA RAKAN2 SEPERJUANGANKU
Subscribe to:
Posts (Atom)