Showing posts with label PRODUK KOPI RADIX HPA. Show all posts
Showing posts with label PRODUK KOPI RADIX HPA. Show all posts

Sunday, January 3, 2010

Kopi Radix Papan Berwajah Baru

Pek papan berwajah baru. Kopi Radix yang terkenal dengan iklannya ‘Mai Secawan…’ dalam TV3 dan TV9 merupakan minuman tenaga khasiat 7 herba. Perkataan Radix diambil dari bahasa botani yang membawa maksud akar kayu yang memberi tenaga. Salah satu daripada 7 herba ini ialah Akar Tongkat Ali. Ada 2 jenis Tongkat Ali. Pertama Tongkat Ali Puteh atau dalam bahasa botaninya Eurycoma Longifolia dan satu lagi Tongkat Ali Hitam atau dalam bahasa botaninya Polyalthiya Bolata. HPA menggunakan Tongkat Ali yang telah mendapat paten antarabangsa iaitu Eurycoma Longifolia.


Kopi Radix Papan


Menurut kajian MARDI, Eurycoma Longifolia yang boleh digunakan untuk tujuan kesihatan ialah Pokok Tongkat Ali yang berumur 7 tahun ke atas. Tetapi HPA menggunakan pokok Tongkat Ali Puteh yang berumur lebih 20 tahun. Warnanya kekuningan yang menggambarkan ianya benar-benar matang. Pokok Tongkat Ali yang berumur 20 tahun ke atas ini akarnya menjunam hingga kelapisan tanah yang ke 4. Lapisan tanah ke empat di kawasan iklim khatulistiwa, lebih-lebih lagi dari jenis tanah Siri Choping di Perlis, ianya sangatlah subur di mana pelbagai jenis mineral semulajadi terdapat di dalamnya. Antaranya Kalsiam dan Magnesiam selain Zinkam dan Fosforus.

Kalsiam semulajadi dari Akar Tongkat Ali ini kadar serapannya jauh lebih tinggi berbanding kalsiam dari susu lembu dari berbagai jenama. Ini disebabkan susu mengandungi laktos yang memerlukan enzim laktase untuk melarutkannya. Jika tubuh kita kurang atau tiada enzim laktase ketika kita mengambil susu, maka zat kalsiam tidak dapat diserapkan kedalam tubuh kita. Malah susu itu akan menjadi masam, maka berlakulah proses asidosis dimana tubuh akan mengambil kalsiam dari tulang dan gigi. Sedangkan kalsiam tumbuhan khususnya dari akar Tongkat Ali ini bersifat alkali. Oleh itu jika kita menjadikan Kopi Radix ini sebagai amalan, insyaAllah tubuh kita mendapat bekalan kalsiam semulajadi yang bersifat alkali dimana penyerapannya kedalam tubuh menjadi mudah.

Akar Tongkat yang HPA gunakan ini juga bersifat Afrodisiak iaitu rangsangan tenaga seksual. Pada tahun 2003 Menteri Kesihatan ketika itu Datuk Chua Joo Ming ada membuat kenyataan bahawa kebaikan Tongkat Ali berbanding dengan Ginseng ialah 7 kali ganda sumber tenaga segera. Ini telah menggugat pasaran Ginseng di Malaysia malah negara jiran iaitu Singapore telah mengharamkan kemasukan Tongkat Ali ke negaranya. Sebab itu tidak hairanlah kemaraan Radix kini cuba disekat oleh pelbagai pihak. Antaranya isu daun ketum, isu kopi tiruan, isu masalah buah pinggang, isu syer dengan orang Cina dan sebagainya lagi.

Secara umumnya ada 3 kekuatan Kopi Radix :-

  1. Sumber Tenaga Segera
  2. Menguatkan Daya Ingatan kerana ianya bersifat kardiotonik
  3. Melihara Organ Reproduksi.

Kopi berbentuk papan: 20 paket

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 21
Sabah & Sarawak: RM 23

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 19

Kopi Radix Jumbo


*KINI PRODUK INI TIADA DALAM PASARAN*

Kopi Pra-Campuran Radix (Tongkat Ali) yang dirumus khas bagi penggemar aroma kopi tulen. Ia mampu :

1. Sebagai afrodisiak menambah fertiliti (kesuburan)
2. Melawas dan melancarkan kencing.
3. Mengatasi masalah frigid bagi wanita (memberi ceria pasangan suami isteri).
4. Tongkat Ali sebagai herba utama.
5. Menghilangkan sakit sendi, urat serta menguatkan otot.
6. Mengaktifkan biosentesis ke atas hormon endrogen.
7. Mengandungi flavanoid sebagai anti oksidan, antivirus dan anti peradangan.

Kelebihan Kopi Radix adalah pada campuran 7 jenis herba seperti:

1. Tongkat Ali

Akar Tongkat ali dapat menurunkan demam panas, demam kuning atau keracunan di hati, melegakan sakit-sakit tulang dan sendi, gatal-gatal badan, batuk kering (TB), kencing manis dan juga meningkatkan tenaga batin.

2. Mata Pelanduk

Akar Mata pelanduk dapat merawat otot atau ligament yang terseliuh, sakit dada, cirit-birit, sakit tekak, keracunan, pembengkakan testis, demam dan juga batuk-batuk.

3. Teja Lawang

Akar Teja Lewang digunakan juga untuk menurunkan demam, melegakan asma, batuk, lumbago, menambah tenaga, dan juga baik untuk ibu selepas bersalin.

4. Tebu Gajah

Akarnya bersifat antidote yang dapat mengebahkan demam, mengubati sakit telinga, membuang angin dalam badan dan juga sebagai ubat tenaga batin.

5. Mengkudu hutan

Akar Mengkudu hutan dapat merawat sakit kepala, buasir, sakit jantung, darah tinggi, sebagai Pelawas, memberikan tidur yang berkualiti dan juga dapat menghaluskan kulit.

6. Larak hutan

Akarnya dapat dijadikan ubat selepas bersalin, mengelakkan meroyan, dapat membuangkan angin dan juga sebagai tonik.

7. Halban

Akar Halban pula dapat dijadikan ramuan selepas bersalin, sakit badan, awet muda, antioksidan dan dapat melegakan batuk.

Kandungan:

  • Eurycoma longifolia
  • Cinnamomum inners
  • Ardisia crispa
  • Albizzia Myriophylla
  • Morinda Eliptica
  • Polyalthia Hypoleuca
  • Vitex Pubescen
  • Kopi


  • Jumlah kandungan: 96 paket

    Harga Pengguna / Harga Ahli
    Semenanjung Malaysia: RM 90 / RM 72
    Sabah & Sarawak: RM 108 / RM 90

    Nilai Mata (NM): 30

    Kopi Radix


    Khasiat Kopi Radix:

    Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
    Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

    Demam Panas

    Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

    Ketumbuhan
    Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

    Radix Untuk Kaum Wanita
    Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

    Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
    Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

    Kopi Radix Untuk Tenaga
    Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

    Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
    1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
    2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
    3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
    4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
    5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
    6. Halban (IMUNITI).
    7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).


    Kotak Jumbo: 32 paket

    Harga Pengguna
    Semenanjung Malaysia: RM 32
    Sabah & Sarawak: RM 38

    Harga Pengedar HPA
    Semenanjung Malaysia: RM 26
    Sabah & Sarawak: RM 32

    Kopi O Radix


    Kopi O Pra-Campuran Radix di rumus kepada penggemar-penggemar kopi O dengan tambahahan beberapa khasiat herba di dalam kopi pra-campuran tersebut. Herba-herba yang digunakan di dalam Kopi O Pra-Campuran Radix adalah sama dengan herba-herba yang digunakan di dalam Kopi Pra-Campuran Radix iaitu tujuh herba terpilih iaitu Teja Lawang, Mengkudu Hutan, Mata Pelanduk, Larak, Halban, Tebu Gajah dan Tongkat Ali.

    Khasiat Kopi O Pra-Campuran Radix :

    • Melawas dan melancarkan sistem perkumuhan.
    • Merawat peringkat awal penyakit TB
    • Menghilangkan sakit sendi, urat serta menguatkan otot
    • Mengandungi flavanoid sebagai anti oksidan, antivirus dan anti peradangan.
    • Membuang angin dalam badan.
    • Dapat menambahkan tenaga dan menambahkan kesuburan.
    • Mengubati darah tinggi dan kencing manis.
    • Dan dapat mengubati pelbagai penyakit yang lain, InsyaAllah.

    Kandungan bahan:

    • Eurycoma longifolia
    • Cinnamomum inners
    • Ardisia crispa
    • Albizzia Myriophylla
    • Morinda Eliptica
    • Polyalthia Hypoleuca
    • Vitex Pubescen
    • Kopi

    Harga Pengguna
    Semenanjung Malaysia: RM 15
    Sabah & Sarawak: RM 18

    Harga Pengedar HPA
    Semenanjung Malaysia: RM 12
    Sabah & Sarawak: RM 15

    Nilai Mata (NM): 5