Monday, August 31, 2009
Projek 2 (Serai oh Serai)
Assalamualaikum.....wat rakan2
Posting kali ini saya nak ceritakan tentang projek penanaman serai peha ayam yang telah saya usahakan, tapi sebenarnya bukanlah mega sangat pung projek ini, cukuplah sekadar mengisi mase lapang pada sebelah petang. Bab pasaran cerita lain, yang saya fikirkan apa yang perlu dibuat sementara menunggu pokok limau kasturi meembesar . Jom kita tanam serai pulak, buat teman limau kasturiku huhuhu.
Saya beli 1000 benih anak serai dengan harga 10 sen setiap satu. Cukuplah tu untuk percubaan. Sebelum nak pergi lebih jauh kene study dulu tentang tumbuhan nie, teori nampak macam mudah iyer dok....dah tanam baru tahu masalahnyer nanti.... Jangan ikutkan hati kalu tiada ilmu, takut nanti harta benda habis faedahnya tidak didapati.
Kini pokok serai berusia 4 minggu, Alhamdulillah pertumbuhan yang menggalakkan selepas pembajaan. Kepada rakan-rakan untuk info yang lebih menarik tentang tanaman serai nih sila layari link dibawah sekian.
http://hidupseorangpetani.blogspot.com
Friday, August 21, 2009
Monday, August 17, 2009
Pekakkan Telinga Bila Org Kata Kita Tak Boleh
Cerita Teladan … Pekakkan Telinga Bila Org Kata Kita Tak Boleh
Pada suatu hari, sekumpulan katak kecil membuat persiapan untuk suatu pertandingan mendaki. Matlamat dakian ialah untuk sampai ke puncak satu bukit yang tinggi dan curam.
Bila semua katak-katak kecil sudah bersedia, dakian pun bermula …
Sebenarnya, tiada seekor haiwan hutan pun yang percaya mana-mana katak kecil itu akan berjaya.
Sepanjang pertandingan, kedengaran suara-suara seperti:
"Oh, Ianya terlalu sukar!"
"Tak ada faedah pun sebab tak ada yang akan berjaya!"
"Tak ada seekor pun yang akan berjaya. Bukit itu terlalu curam dan tinggi!"
Semakin lama pertandingan, satu persatu katak kecil yang bertanding jatuh ke bawah.
Buat katak-katak kecil yang masih dalam pertandingan, semakin tinggi mereka daki, semakin kuat laungan hadirin "Kamu tak akan berjaya. Henti sahajalah. Bukit terlalu tinggi dan curam!"
Di pendekkan cerita ,sehinggalah akhirnya, hanya tinggal seekor sahaja yang terus mendaki dan sampai juga ke puncak bukit itu.
Seluruh hadirin dan semua katak-katak kecil yang bertanding ingin tahu apakah rahsia katak yang berjaya ini.
Seekor katak kecil yang telah berhenti awal pun bertanya katak yang berjaya itu.
Sebenarnya, pemenang itu seekor katak yang cacat pendengarannya.
Teladan cerita ini:
Jangan sesekali mendengar rentetan dan teguran negatif orang pada rancangan kita kerana ianya bertujuan melunturkan semangat dan juga impian kita.
Apa sahaja yang kita dengar dan baca boleh mempengaruhi tindakan kita nanti!
Kerana itu, selalu berfikiran positif, dan, pekakkan telinga bila orang kata kita tak boleh mencapai impian kita!
Thursday, August 13, 2009
Panggilan ILahi Pergi tak kembali
Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi 13.8.2009 kerana sakit jantung, lapor laman web Berita Harian. Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.....Al Fatihah
Oleh itu ingatlah sentiasa saat-saat kematian, dan saat berpindahnya kita ke kehidupan selepas ini, dan dosa-dosa yang telah kita lakukan dan amalan-amalan kita yang sedikit. Ingatlah akan kebaikan yang akan kita benar-benar mahu kerjakan ketika itu - maka bawalah keinginan itu ke masa ini dan kerjakanlah semuanya hari ini. Dan ingatlah segala yang akan kita harap telah kita tinggalkan pada ketika itu, dan tinggalkanlah sekarang juga. Sekian
Sambungan Belajarlah Dari Kambing
Awal subuh,kambing bangun memuji Ilahi.Dipagi hari,si pengembala melepas kambing mencari rezeki sendiri.Si kambing akan mencari 40 jenis hidupan hijau untuk rezekinya hari itu.
Cukup 40 jenis,si kambing akan pulang dengan sendiri dan biasanya sebelum hari menjelang senja.Bijak si kambing!!Tahu benar dia batas waktu yang digariskan oleh Ilahi.Batas waktu yang cukup untuk mencari rezeki.Bila maghrib menjelang,dia pulang.Pulang merehatkan diri untuk tenaga esuknya.Ada kambing yang mencuri pucuk milik orang lain??Ada,itu kerana si kambing dilepaskan lewat,lalu dia kurang waktu untuk mencukupkan 40 jenis daunan,lantas terpaksa mencuri daunan tepi-tepian diperjalanan untuk mencukupkan bilangan itu.Mungkin salah pengembala lewat melepas.
Kalian tidak mahu belajar dari kambing?Dia bijak menghormat waktu.Walaupun dia hanya seekor binatang tidak berakal,tapi pada dirinya ada tanda untuk manusia berakal seperti kita
berfikir. Berfikir tentang ciptaanNya.Segala sesuatu yang terjadi untuk kita berfikir dan ambil iktibar.Bukannya menyamakan dengan sesuatu yang negatif yang banyaknya lahir dari kita sendiri.Terlalu banyak lagi tanda ciptaanNya untuk difikirkan dan ambil hikmah ciptaan.Mari berfikir dan menghayati..belajarlah dari kambing,kambing tidak bodoh.Kerana yang bodoh itu layak diberi pada orang yang punya akal,tetapi tidak digunakan.
****pulang ketika maghrib,atau keluar sewaktu maghrib??lihat kambing,lihat diri...****
Tuesday, August 11, 2009
Belajarlah dari kambing
Tipah = "Kambing?kurang ajar betul mulut!!"
Sepah = kenapa?"
Tipah = "dia cakap aku macam kambing!!"
Sepah ="HAHAHA. kau macam kambing?"ketawa lagi
Tipah ="kau jangan tambahkan baran aku!"marah dan berpaling.
Sepah ="ok ok,apa yang kau dah buat?"
Tipah ="mana aku tau,dia tu yang tiba-tiba cakap aku macam kambing"
Sepah ="kau yang sakitkan hati dia,kerja yang dia suruh buat,kau buatla.Yang kau malas sangat kenapa?"
Tipah ="aku bukan tak nak buat,tapi tu keje bodoh,tak de masa aku nak buat semua benda tu"
Sepah ="bodoh?patutla dia cakap kau macam kambing,keje yang boleh bantu kau pun kau cakap keje bodoh,memang patut dia samakan kau macam kambing"ketawa sinis.
Kisah pendek ini sengaja dipaparkan.Sebenarnya,bukan cerita ini yang mahu saya bahaskan.Tapi,itipati kisah ini dan hubung kaitnya dengan kehidupan seharian kita.Semua arif tentang kambing. Binatang berkaki empat itu sering dikaitkan dengan perkara-perkara negatif. "Bodoh macam kambing","busuk macam kambing","hodoh macam kambing".Aduh manusia,kenalkah kalian pada kambing? Si gembala kambing juga kadang-kadang turut dipandang rendah.
Belajarlah dari kambing . Makhluk Allah yang dicipta sebagai tanda agar manusia sentiasa berfikir tentang ciptaanNya.Bukannya sentiasa mencari kelemahannya untuk disamakan dengan perkara negatif yang lahirnya dari diri manusia itu sendiri. saya hanya mahu ambil contoh dari kambing sahaja, mudah dan ringkas.Walaupun saya bukanlah seorang pengembala kambing, (hajat tidak dimakbulkan) tapi saya mahu berkongsi tentang tanda positif yang mesti kita ambil dari seekor kambing.Kalu nak tahu, TUNGGU........ saya ceritakan next post. nanti boring plak baca panjang2 iye dok.
Tuesday, August 4, 2009
Projek (1) tanaman limau kasturi
Ini adalah projek pertama saya, sebelum nie tak pernah terlibat dalam bidang pertanian nie. daripada duk saja petang2, makan tido, badan pung dah semakin besor, lebih baik ke kebun wat sesuatu yang lebih manfaat dan saya wat keputusan untuk membeli 250 benih anak limau kasturi dengan harga RM 3.00 sepokok. Memang sukar untuk memulakan projek di atas tanah yang berbatu ini ibarat ditiarap tiada keluar dan ditelentang tiada masuk. Terseliuh pinggang nak keluarkan batu setiap kali menggali lubang. Namun semangat dan kecekalan yang membuatkan saya terus berusaha. Kalu tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya iye dok.
Kini pokok-pokok limau KASTURI sudah berusia 4 bulan. Ada yang baru ditanam, Alhamdulillah pertumbuhan yang menggalakkan, semakin hari semakin besar impian yang saya hajatkan, tapi tak semua impian kita akan dimakbulkan, takut-takut nanti manusia mudah sombong, bongkak dan lupa asal usul. :)
Bagi yang baru untuk memulai sebarang projek tidak kiralah dalam apa2 bidang sekalipun, saya nasihatkan supaya memulakan projek dengan skala yang kecil dulu dengan kos yang paling minima. Sekiranya sudah berkeyakinan tinggi tentang potensinya terutamanya dalam soal pengeluaran dan pemasaran, barulah menggunakan segenap tenaga dan sumber yang ada secara OPTIMA. Sekian terima kasih
PERTANIAN ADALAH SATU PERNIAGAAN
Monday, August 3, 2009
Doa wabak penyakit
Assalamualaikum wbth.
Muslimin dan Muslimat Yang Dirahmati Allah,
Disertakan di sini doa untuk diamalkan dalam usaha untuk mengelak dari wabak/penyakit seperti H1N1 yang melanda sekarang.Sekian