Wednesday, April 27, 2011

Sannah Helwa Tasnim Widad


Hari ini genap setahun usia anakku Tasnim Widad bt Muhammad Izwan… Genap setahun juga gelaran abah melekat di dadaku. Tahniah Widad. Selamat hari lahir sayang. Sudah setahun kamu rupanya. Setahun yang lalu, kamu masih lagi dalam perut ibumu. Setahun yang lalu, kami masih lagi terbayang-bayang macam mana rupamu. Setahun yang lalu kamu belum mengenali siapa keluargamu. Setahun yang lalu jua kami masih belum tahu Kecerdasanmu dan....Setelah setahun berlalu, sekarang kamu sudah pandai macam-macam benda.

Kamu pantang nampak orang lain makan.


Kamu akan merengek-rengek minta disuap. Asalkan suap, tak kire saiz kecil mana pun, kamu dah cukup berpuas hati dan sambung bermain. Macam macam dah kamu makan. Akar kayu, Roti, nasi, ikan, ayam. Semua kamu mahu. Ramai dah kata kamu cukup bulat,, comel ,cantik dan perut cukup buncit (abahnya). Tatkala ibu-ibu lain risau bayi mereka tidak selera makan, kami risau pula kalau kamu terover selera makan. Susu pun kamu tolak..Jangan risau, kami akan pantau pemakanan kamu. Dan yang pasti, kamu dah genap setahun bersama kami. Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Kau beri buat anakku ya Allah. Syukur sangat-sangat.

Kamu sangat pandai tiru.


Kamu boleh pula pura-pura menangis bila dilarang Kalau orang joget, kamu tiru joget. Kalau orang tepuk tangan, kamu pun tiru tepuk tangan. So, kami kene hati-hati dalam buat semua perkara, Tak mahu kamu ikut perkara yang tak baik, ikut yang baik-baik sahaja Yang paling best bila solat, kami ajar kamu baca doa, dan sujud kamu ikut. Tentulah abah yang sujud dan tadahkan tangan. huhu

Kamu sudah pandai terima arahan.


Jangan Jangan”(Kamu sudah pandai menarik tangan bile dilarang). “Tunjuk mana abah” (kamu akan angkat tangan dan tunjuk pada gambar abah di cermin..Gambar ibu tak kenal lagi kihkihkih); “Pok Amai-amai” (kamu akan tepok tangan dengan girangnya!); “Taknak” (kamu akan geleng kepala kamu dan menepis sesuka hati kamu); “Tata” (Kamu akan lambai-lambai tangan kamu). “Cicak” (Kamu mencari2 di dinding dan akan angkat tangan ke atas) Ni atuk la ajar ni. “Bila dimarah ” (kamu menangis) “bila azan”(kamu diam) “Tengok cekgu shida” (kamu jadi ralik dan pelik kihkih) “Aa ba ta sa ja kamu goyang-goyang tangan dan badan kamu). Oh, life is so much wonderful with you around.


Ya Allah..Kau berikanlah kekuatan kepada isteriku...
Ya Allah..Kau ampunilah segala dosa-dosa isteriku..
Ya Allah..Kau lindungilah isteriku..
Berilah dia kesabaran dan peliharalah dia agar dia selalu sihat..

Ya Allah..Kurniakanlah aku anak yang sempurna sifatnya
Ya Allah..Kurniakanlah aku anak yang soleh dan solehah
Ya Allah..Kurniakanlah aku anak yang bijak pandai
Ya Allah..Kurniakanlah aku anak yang dapat memelihara aku kelak..

Ya Allah Ya Tuhanku
Hindarilah keluargaku dari segala azab seksaan di dunia dan akhirat
Selamatkanlah Keluargaku Ya Allah..
Amin.

Tuesday, April 5, 2011

PENGENALAN 2011




Mengikut Kosmo, Bank Rakyat akan menambah modal syer berbayar setelah diberi kelulusan oleh Bank Negara Malaysia bulan Mac 2011. Penambahan adalah sebanyak RM1 bilion kepada RM3 bilion.

Maklumat lanjut mengenai pengangihan akan dibuat pada Mei 2011 nanti oleh Lembaga Pengarah Bank Rakyat.

Kawan ramai yang menantikan mengenai pengeluaran saham baru Bank Rakyat ini tidak kira pemegang saham sediakala mahupun bakal pemegang saham memandangkan Bank Rakyat dengan consistent dapat memberi pulangan yang lumayan @15% setiap tahun. Mesti ramai nak beli kan saham Bank Rakyat tahun 2011? Terbaru dividen untuk 2010 juga sebanyak 15%.

So kepada yang sudah dalam senarai menunggu "waiting list", sabar ya, kalau ada tak ke mana saham Bank Rakyat tu. Sistem diaorang down sebab ramai sangat yang bertanya.