Wednesday, September 16, 2009

Eid Mubarak 1430H/2009



Assalamualaikum,
sempena Ramadhan yang mulia dan Syawal bulan kemenangan.
Bila usia sudah lanjut, maka “destinasi” makin dekat. Doa dan pahala tak tahu mane yang lebih berat. Harap keredhoan Allah sahaja untuk ke syurga.
Berdosa atas perbuatan diri, melanggar perintah dan larangannya, mohon keampunan dan taubatnya.
Namun…......

Jika berdosa sesama manusia? mintalah pada manusia.
Jadi, sebelum meminta-minta, saya terlebih dulu memaafkan kesalahan sahabat2 sekalian terhadap saya samaada sengaja atau tidak. walau sebesarmana pun kesalahan itu. Ya…Allah saya ampunkan dosa&kesalahan mereka ini.

Dan dengan rendah hati, rendah diri. Saya dengan ini memohon kepada semua sahabat2 atas semua kesalahan&dosa saya, kerna kita ini manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Maafkan dan ampuni dosa saya.
Selamat berpuasa dan selamat menyambut eid mubarak.Berhati-hati dijalan raya, ingat orang yang tersayang. Sekian

Tuesday, September 8, 2009

HPA !!! Satu wadah perjuangan




Assalamualaikum... kepada rakan2

Post saya kali bukan pasal pertanian tp berkenaan syarikat HPA yang menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Saya dan keluarga pengamal produk Hpa nie. Nak tahu serba sedikit kehebatan salah satu syarikat bumiputra nie lihat video di atas, anda pasti teruja.

SEJENAK BERSAMA HPA (KERANA PERJUANGAN)

Suka duka, pahit manis, hitam putih, garam gula… semua ini telah sebati dalam jiwa warga HPA. Jatuh bangun, susah senang, segalanya dikongsikan bersama. Saat dunia mengalami kemerosotannya, HPA mampu menanganinya hasil daripada sokongan ahli-ahli yang setia berjuang bersama HPA. Setapak demi setapak, selangkah demi selangkah… HPA kini terus membangun, mengejar kejayaan berdasarkan keperluan umat Islam sejagat. Nama HPA sudah mampu untuk mendahului dan menyaingi produk-produk yang lain. Pelbagai produk HPA telah dihasilkan dan berjaya mendapat tempat di kalangan umat Islam hari ini. Malah segelintir ‘non-Muslim’ juga sudah menyedari akan khasiat herba yang dikeluarkan HPA.

“Sekiranya mereka tahu rahsia khasiat herba kita, nescaya mereka akan tukarkan dengan ketulan emas”.

Inilah antara ‘ungkapan mutiara’ yang diilhamkan sendiri oleh Tuan Haji Ismail Ahmad, selaku Pengarah urusan HPA.


Untuk keahlian sila tinggalkan pesanan di ruangan cbox . Sekian terima kasih.

Monday, August 31, 2009

Projek 2 (Serai oh Serai)













Assalamualaikum.....wat rakan2

Posting kali ini saya nak ceritakan tentang projek penanaman serai peha ayam yang telah saya usahakan, tapi sebenarnya bukanlah mega sangat pung projek ini, cukuplah sekadar mengisi mase lapang pada sebelah petang. Bab pasaran cerita lain, yang saya fikirkan apa yang perlu dibuat sementara menunggu pokok limau kasturi meembesar . Jom kita tanam serai pulak, buat teman limau kasturiku huhuhu.

Saya beli 1000 benih anak serai dengan harga 10 sen setiap satu. Cukuplah tu untuk percubaan. Sebelum nak pergi lebih jauh kene study dulu tentang tumbuhan nie, teori nampak macam mudah iyer dok....dah tanam baru tahu masalahnyer nanti.... Jangan ikutkan hati kalu tiada ilmu, takut nanti harta benda habis faedahnya tidak didapati.

Kini pokok serai berusia 4 minggu, Alhamdulillah pertumbuhan yang menggalakkan selepas pembajaan. Kepada rakan-rakan untuk info yang lebih menarik tentang tanaman serai nih sila layari link dibawah sekian.
http://hidupseorangpetani.blogspot.com



Friday, August 21, 2009

30 Hari Mencari Cinta

SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MEMPERSIAPKAN DIRI MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN, BAIK YANG LAMA MAHUPUN YANG BARU KENAL. MARILAH KITA SAMA-SAMA MELIPAT GANDA AMALAN IBADAH KITA ,BERAMALLAH KERANA ALLAH, SEMOGA HIDUP KITA DIBERKATINYA.

Monday, August 17, 2009

Pekakkan Telinga Bila Org Kata Kita Tak Boleh


Cerita Teladan … Pekakkan Telinga Bila Org Kata Kita Tak Boleh

Pada suatu hari, sekumpulan katak kecil membuat persiapan untuk suatu pertandingan mendaki. Matlamat dakian ialah untuk sampai ke puncak satu bukit yang tinggi dan curam.

Bila semua katak-katak kecil sudah bersedia, dakian pun bermula …

Sebenarnya, tiada seekor haiwan hutan pun yang percaya mana-mana katak kecil itu akan berjaya.

Sepanjang pertandingan, kedengaran suara-suara seperti:

"Oh, Ianya terlalu sukar!"
"Tak ada faedah pun sebab tak ada yang akan berjaya!"
"Tak ada seekor pun yang akan berjaya. Bukit itu terlalu curam dan tinggi!"

Semakin lama pertandingan, satu persatu katak kecil yang bertanding jatuh ke bawah.

Buat katak-katak kecil yang masih dalam pertandingan, semakin tinggi mereka daki, semakin kuat laungan hadirin "Kamu tak akan berjaya. Henti sahajalah. Bukit terlalu tinggi dan curam!"

Di pendekkan cerita ,sehinggalah akhirnya, hanya tinggal seekor sahaja yang terus mendaki dan sampai juga ke puncak bukit itu.

Seluruh hadirin dan semua katak-katak kecil yang bertanding ingin tahu apakah rahsia katak yang berjaya ini.

Seekor katak kecil yang telah berhenti awal pun bertanya katak yang berjaya itu.
Sebenarnya, pemenang itu seekor katak yang cacat pendengarannya.

Teladan cerita ini:

Jangan sesekali mendengar rentetan dan teguran negatif orang pada rancangan kita kerana ianya bertujuan melunturkan semangat dan juga impian kita.

Apa sahaja yang kita dengar dan baca boleh mempengaruhi tindakan kita nanti!

Kerana itu, selalu berfikiran positif, dan, pekakkan telinga bila orang kata kita tak boleh mencapai impian kita!

Thursday, August 13, 2009

Panggilan ILahi Pergi tak kembali


Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi 13.8.2009 kerana sakit jantung, lapor laman web Berita Harian. Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.....Al Fatihah

Orang-orang yang benar akan mati
dan orang-orang yang zalim akan mati
Para Mujahid yang berjihad akan mati
dan mereka yang duduk-duduk di rumah akan mati
Mereka yang menyibukkan diri mereka dengan aqidah yang benar akan mati
dan mereka yang melayan orang seperti hamba mereka akan mati
Dia yang berani menolak kezaliman akan mati
Si pengecut yang cintakan kehidupan hina di dunia ini akan mati
Orang-orang dengan matlamat besar dan cita-cita mulia akan mati
dan si hina yang hidup untuk nikmat murahan akan mati
"TIAP-TIAP YANG BERJIWA AKAN MERASAKAN MATI" [Aal-'Imraan 3:185].

Oleh itu ingatlah sentiasa saat-saat kematian, dan saat berpindahnya kita ke kehidupan selepas ini, dan dosa-dosa yang telah kita lakukan dan amalan-amalan kita yang sedikit. Ingatlah akan kebaikan yang akan kita benar-benar mahu kerjakan ketika itu - maka bawalah keinginan itu ke masa ini dan kerjakanlah semuanya hari ini. Dan ingatlah segala yang akan kita harap telah kita tinggalkan pada ketika itu, dan tinggalkanlah sekarang juga. Sekian

Sambungan Belajarlah Dari Kambing

SAMBUNGAN saya mahu berkongsi tentang tanda positif yang mesti kita ambil dari seekor kambing.

Awal subuh,kambing bangun memuji Ilahi.Dipagi hari,si pengembala melepas kambing mencari rezeki sendiri.Si kambing akan mencari 40 jenis hidupan hijau untuk rezekinya hari itu.

Cukup 40 jenis,si kambing akan pulang dengan sendiri dan biasanya sebelum hari menjelang senja.Bijak si kambing!!Tahu benar dia batas waktu yang digariskan oleh Ilahi.Batas waktu yang cukup untuk mencari rezeki.Bila maghrib menjelang,dia pulang.Pulang merehatkan diri untuk tenaga esuknya.Ada kambing yang mencuri pucuk milik orang lain??Ada,itu kerana si kambing dilepaskan lewat,lalu dia kurang waktu untuk mencukupkan 40 jenis daunan,lantas terpaksa mencuri daunan tepi-tepian diperjalanan untuk mencukupkan bilangan itu.Mungkin salah pengembala lewat melepas.

Kalian tidak mahu belajar dari kambing?Dia bijak menghormat waktu.Walaupun dia hanya seekor binatang tidak berakal,tapi pada dirinya ada tanda untuk manusia berakal seperti kita
berfikir. Berfikir tentang ciptaanNya.Segala sesuatu yang terjadi untuk kita berfikir dan ambil iktibar.Bukannya menyamakan dengan sesuatu yang negatif yang banyaknya lahir dari kita sendiri.Terlalu banyak lagi tanda ciptaanNya untuk difikirkan dan ambil hikmah ciptaan.Mari berfikir dan menghayati..belajarlah dari kambing,kambing tidak bodoh.Kerana yang bodoh itu layak diberi pada orang yang punya akal,tetapi tidak digunakan.

****pulang ketika maghrib,atau keluar sewaktu maghrib??lihat kambing,lihat diri...****