Monday, September 6, 2010

Eid Mubarak 1431h/2010


Assalamualaikum, sempena Ramadhan yang mulia dan Syawal bulan kemenangan.
Bila usia sudah lanjut, maka “destinasi” makin dekat. Doa dan pahala tak tahu mane yang lebih berat. Harap keredhoan Allah sahaja untuk ke syurga.
berdosa atas perbuatan diri, melanggar perintah dan larangannya, mohon keampunan dan taubatnya.

Namun…..,Jika berdosa sesama manusia? mintalah pada manusia. Jadi, sebelum meminta-minta, saya terlebih dulu memaafkan kesalahan sahabat2 sekalian terhadap saya samaada sengaja atau tidak. walau sebesarmana pun kesalahan itu. Ya…Allah saya ampunkan dosa&kesalahan mereka ini.

Dan dengan rendah hati, rendah diri. Saya dengan ini memohon kepada semua sahabat2 atas semua kesalahan&dosa saya, kerna kita ini manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Maafkan dan ampuni dosa saya.

Selamat berpuasa dan selamat menyambut eid mubarak.Berhati-hati dijalan raya, ingat orang yang tersayang. Ingatlah jua akan kematian

Tuesday, August 10, 2010

Siapkan Diri Menyambut Ramadhan




YA RAHMAN YA RAHIM
Slide 2
Engkau telah anugerahkan kepada kami bulan
Yang didalamnya ada satu malam
Yang lebih utama daripada seribu bulan
Yakni malam Lailatul Qadar


Ya Rahman Ya Rahim
Seandainya kami boleh memilih
Tentu kami ingin setahun penuh
Adalah bulan Ramadhan


Ya Rahman Ya Rahim
Sekiranya tiada usia yang dijanjikan
Untuk bertemu Ramadhan
Maka izinkan kami
Mempersiapkan bekal
Untuk menghadapinya


Semoga bekal yang kami siapkan ini
Engkau ridhoi


Sekalipun Engkau tahu
Bahwa kami belum bersungguh-sungguh
Untuk menyambut kedatangannya
Disebabkan banyaknya alasan
Kemalasan
Dan senda gurau yang kami kerjakan


Monday, July 26, 2010

KATA DULANG


"Kata dulang paku serpih, Kata orang kita yang lebih,". Kata-kata ini mengingatkan diri kt supaya tdk terlanjur bila membicarakan sesuatu atau memberi teguran krn ianya membawa maksud seseorang yg suka mendedahkan atau melarang seseorang daripada melakukan keburukan sedangkan dirinya sendiri berkelakuan serupa atau lebih busuk lagI, bab kata pepatah lagi" kokok berderai-derai, punggung bergelumiang najis. Berlagak memimpin dan membantu orang lain tetapi diri sendiri dipenuhi dengan keburukan dan kelemahan atau lebih teruk lagi".....huhu busuk busuk lagi busuk, busuk la engkau.....sambungan coming soon...

Sunday, July 4, 2010

Benih Sampai Lagi....




2000 benih sawit seusia 10-12 bulan selamat sampai ke destinasi. benih nie kawan beli dari nursery di segamat....harga sepokok RM 8.50 sekali hantar. Rase puas bile kawan lihat anak benih yg di hantar menepati ape yang dikehendaki.... sebenarnya kawan nak iklankan sape yang berkenan dengan anak benih boleh la berhubung dengan kawan. Masih lagi ade lebihan lebih kurang 400 pokok...kualiti insyaallah baik cz kami beli daripada nursery yang dipantau MPOB. sijil pun ade kalu nak tengok... dua jenis sahaja yang ade Golden Hope (500) dan AAR Hybrida. .... kereta kancil tuh tak jual kkk....boss punya.. selamat bertani.

Monday, June 14, 2010

Mengharapkan pulangan yang baik





Benih yang baik, kalu campak ke laut menjadi pulau...bukan kawan kata...mereka yang kata.
Perkara ni yang merungsingkan kawan takut2 plak nanti campak kelaut tenggelam tak timbul2 dah. Sukar untuk kawan wat keputusan, terpaksa servey banyak tempat untuk mendapat kepuasan. Mengharapkan kepulangan yang baik dalam pelaburan kebun sawit pada setiap bulan, setiap tahun selama 25 tahun. Akhirnya kawan wat keputusan untuk memilih benih dari sime darby siri GH500 seusia 10 bulan dengan harga RM 8.50 sepokok. Ape yang kawan nak tekankan tidak kira dalam ape jenis tanaman yang ingin diusahakan ialah pemilihan anak benih adalah satu proses yang amat penting dan merumitkan, so luangkan sedikit masa untuk wat 'kerja rumah' contohnya datang sendiri ke nursery, lihat kualiti dan pilih baka anak benih yang diinginkan serta dapatkan sebanyak mungkin maklumat yang boleh dari pengusaha semaian tentang ciri-ciri anak pokok , penanaman, penjagaan, penghasilan dan lain-lain. Jangan main hentam kromo jer...kelak kita yang rugi. Benih kawan akan sampai minggu depan kihkih :P sekian..

Wednesday, May 26, 2010

Selangkah Menjadi

Kat mana la nak cari baka jenis nih

Assalamualaikum w.b.t.



Ini projek ketiga yang aku dapat. Tanah seluar 8 ekar nie akanku penuhi dengan tanaman sawit....niat dihati nak taruk pisang...tak yakin dengan kemampuan yang ada..terpaksa tukar plan asal ....bertindak atas kemampuan....esok hari pertama kuli-kuli berkerja untuk pasang pagar..bukan x reti wat sendiri..banyak sangat kekangan yang tak dapat dielakkan...namun kerana impian dan cita-cita, aku kene korbankan demi mase depan anak dan isteriku. InsyaAlla akanku gunakan segenap tenaga dan usaha untuk merubah keadaan ini. Biar kita susah sekarang, kelak masa depan masih ade harapan.

Saturday, February 13, 2010

Special Formulation For Women


moment2


Klik gambar pamplet produk di atas untuk paparan yang lebih jelas. Telah disertakan juga semua keterangan produk Moments, khasiat dan cara pengambilannya.
Formulasi khas dari herba terbaik iaitu Manjakani, Noni (mengkudu), Roselle dan Madu. Untuk wanita sahaja namun ianya tidak disarankan untuk wanita mengandung mengamalkannya.

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 42
Sabah & Sarawak : RM 44

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 38
Sabah & Sarawak : RM 40

Nilai Mata (NM) : 10