Sunday, July 19, 2009

Harapan Sepanjang Zaman



HARAPAN SEPANJANG ZAMAN


“Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap, Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab, Pantun nasihat seperti ini sudah lama kita tidak dengari, pantun warisan nenek moyang kita , khususnya ketika si ibu mendodoikan anaknya. Pantun nasihat ini memperlihatkan harapan yang tinggi menggunung daripada setiap ibu bapa sejak dahulu lagi, supaya anak-anak mereka dapat membaca al-Quran seawal mungkin. Persoalannya, berapa ramai ibu bapa telah memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan seawal mungkin, khususnya pelajaran al-Quran seawal usia 4 tahun. :)


Kanak-kanak perlu diajarkan al-Quran seawal yang mungkin. Kanak-kanak yang telah dapat membaca al-Quran pasti akan lebih cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan lebih tenang menjalani kehidupan harian. Al-Quran yang dipelajari bukan sahaja merupakan mukjizat dan perlembagaan hidup agung, malah berperanan penting sebagai sumber dan asas kepada semua ilmu dan kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca Bahasa Melayu, Jawi dan sebagainya.


P/S /Kalau nak anak pintar ikutlah pantun nasihat di atas, saya melihat dari anak didik saya sendiri yang boleh membaca al-Quran seawal umur 7 @ 8 tahun (darjah 1/2) memang IQnya lebih mantap dari murid-murid yang lain. Ramai anak yang cerdas dan pintar didapati mempunyai ibu bapa yang prihatin terhadap keperluan anak dan sering meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka. Kita pula bagaimana? fikir-fikirkanlah

“…dan sesungguhnya Kami mudahkan al-Quran itu untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pengajaran…” (Surah al-Qamar, ayat: 13)

No comments:

Post a Comment