Blog ini dibangunkan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini mengenai aktiviti yang diusahakan khususnya dalam bidang pertanian. Selain itu, sy juga mengalu-alukan pendaftaran keahlian HPA tidak kira dimana jua anda berada.
Post saya kali bukan pasal pertanian tp berkenaan syarikat HPA yang menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Saya dan keluarga pengamal produk Hpa nie. Nak tahu serba sedikit kehebatan salah satu syarikat bumiputra nie lihat video di atas, anda pasti teruja.
SEJENAK BERSAMA HPA (KERANA PERJUANGAN)
Suka duka, pahit manis, hitam putih, garam gula… semua ini telah sebati dalam jiwa warga HPA. Jatuh bangun, susah senang, segalanya dikongsikan bersama. Saat dunia mengalami kemerosotannya, HPA mampu menanganinya hasil daripada sokongan ahli-ahli yang setia berjuang bersama HPA. Setapak demi setapak, selangkah demi selangkah… HPA kini terus membangun, mengejar kejayaan berdasarkan keperluan umat Islam sejagat. Nama HPA sudah mampu untuk mendahului dan menyaingi produk-produk yang lain. Pelbagai produk HPA telah dihasilkan dan berjaya mendapat tempat di kalangan umat Islam hari ini. Malah segelintir ‘non-Muslim’ juga sudah menyedari akan khasiat herba yang dikeluarkan HPA.
“Sekiranya mereka tahu rahsia khasiat herba kita, nescaya mereka akan tukarkan dengan ketulan emas”.
Inilah antara ‘ungkapan mutiara’ yang diilhamkan sendiri oleh Tuan Haji Ismail Ahmad, selaku Pengarah urusan HPA.
Untuk keahlian sila tinggalkan pesanan di ruangan cbox . Sekian terima kasih.
“Dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku”, (As-Shu’araa: 80)
Maksud Hadis Qudsi:
“Bersabarlah dalam menghadapi penyakit. Sesungguhnya penyakit itu adalah penghapus kepada dosa-dosa”.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah”.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit, dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat, dan jangan berubat dengan benda yang haram”.
No comments:
Post a Comment