Tuesday, June 30, 2009
Ptptn....Tolong atau Along
Hari ini aku membaca B.Harian edisi surat, luahan DR Allias Zaidi berkenaan kos tadbir PTPTN yang membebankan peminjam, SEBAHAGIAN besar peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sudah menerima penyata kira-kira pinjaman pendidikan bagi 2008.
Ironinya, penyata itu masih belum mengambil kira penurunan kos pentadbiran tiga peratus yang diwar-warkan dahulu kepada satu peratus, iaitu kos pentadbiran yang dikenakan berdasarkan perjanjian asal yang ditandatangani peminjam.
sebagai contohnya:
Ada peminjam yang menjelaskan pinjaman RM2,526.30 sepanjang 2008 tetapi hanya dikira RM849.64 saja sebagai kredit, sedangkan bakinya RM1,676.66 dianggap sebagai kos tadbir urus, diserapkan sebagai debit, menurutnya kadar RM140 tiap-tiap bulan. Soalnya, untuk maksud apa kos tadbir sebanyak ini perlu dikenakan saban bulan? Jika begini keadaannya berterusan, sampai bila pun jumlah pinjaman tidak akan 'luak-luak'.
Saya pun salah seorang daripada ahli yang masih berhutang dengan PTPTN sehinggalah sekarang. Kos pentadbiran yang dikenakan dalam penyata kira-kira tahun 2007 lepas sebanyak RM 50 tiap2 bulan. Mula-mula datang penyata terkejut juga, lemah semangat pun ade nak bayar. Saya bayar RM 100 kene tolak RM 50 untuk kos pentadbiran. Hampeh....Penyata tahun 2008 tak sampai lagi. Tengah tunggu dengan penuh harapan. :) mana tahu kos tadbir pinjaman pendidikan telah dikurangkan kepada satu peratus atau dihapuskan terus dengan kadar serta-merta. Sesuai dengan slogan " Rakyat Diutamakan" :P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment