Thursday, August 13, 2009

Panggilan ILahi Pergi tak kembali


Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi 13.8.2009 kerana sakit jantung, lapor laman web Berita Harian. Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.....Al Fatihah

Orang-orang yang benar akan mati
dan orang-orang yang zalim akan mati
Para Mujahid yang berjihad akan mati
dan mereka yang duduk-duduk di rumah akan mati
Mereka yang menyibukkan diri mereka dengan aqidah yang benar akan mati
dan mereka yang melayan orang seperti hamba mereka akan mati
Dia yang berani menolak kezaliman akan mati
Si pengecut yang cintakan kehidupan hina di dunia ini akan mati
Orang-orang dengan matlamat besar dan cita-cita mulia akan mati
dan si hina yang hidup untuk nikmat murahan akan mati
"TIAP-TIAP YANG BERJIWA AKAN MERASAKAN MATI" [Aal-'Imraan 3:185].

Oleh itu ingatlah sentiasa saat-saat kematian, dan saat berpindahnya kita ke kehidupan selepas ini, dan dosa-dosa yang telah kita lakukan dan amalan-amalan kita yang sedikit. Ingatlah akan kebaikan yang akan kita benar-benar mahu kerjakan ketika itu - maka bawalah keinginan itu ke masa ini dan kerjakanlah semuanya hari ini. Dan ingatlah segala yang akan kita harap telah kita tinggalkan pada ketika itu, dan tinggalkanlah sekarang juga. Sekian

No comments:

Post a Comment