Monday, August 17, 2009

Pekakkan Telinga Bila Org Kata Kita Tak Boleh


Cerita Teladan … Pekakkan Telinga Bila Org Kata Kita Tak Boleh

Pada suatu hari, sekumpulan katak kecil membuat persiapan untuk suatu pertandingan mendaki. Matlamat dakian ialah untuk sampai ke puncak satu bukit yang tinggi dan curam.

Bila semua katak-katak kecil sudah bersedia, dakian pun bermula …

Sebenarnya, tiada seekor haiwan hutan pun yang percaya mana-mana katak kecil itu akan berjaya.

Sepanjang pertandingan, kedengaran suara-suara seperti:

"Oh, Ianya terlalu sukar!"
"Tak ada faedah pun sebab tak ada yang akan berjaya!"
"Tak ada seekor pun yang akan berjaya. Bukit itu terlalu curam dan tinggi!"

Semakin lama pertandingan, satu persatu katak kecil yang bertanding jatuh ke bawah.

Buat katak-katak kecil yang masih dalam pertandingan, semakin tinggi mereka daki, semakin kuat laungan hadirin "Kamu tak akan berjaya. Henti sahajalah. Bukit terlalu tinggi dan curam!"

Di pendekkan cerita ,sehinggalah akhirnya, hanya tinggal seekor sahaja yang terus mendaki dan sampai juga ke puncak bukit itu.

Seluruh hadirin dan semua katak-katak kecil yang bertanding ingin tahu apakah rahsia katak yang berjaya ini.

Seekor katak kecil yang telah berhenti awal pun bertanya katak yang berjaya itu.
Sebenarnya, pemenang itu seekor katak yang cacat pendengarannya.

Teladan cerita ini:

Jangan sesekali mendengar rentetan dan teguran negatif orang pada rancangan kita kerana ianya bertujuan melunturkan semangat dan juga impian kita.

Apa sahaja yang kita dengar dan baca boleh mempengaruhi tindakan kita nanti!

Kerana itu, selalu berfikiran positif, dan, pekakkan telinga bila orang kata kita tak boleh mencapai impian kita!

2 comments: