Sunday, January 10, 2010

Berita Semasa Kowahida


30 Disember 2009: KoWahida Keluar Zakat Di Kelantan




Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kita pada Allah kerana KOWAHIDA dapat mengeluarkan zakat sejumlah RM 249, 388. 20 bagi tahun 2007 & 2008. Zakat diserahkan kepada YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Negeri Kelantan dan juga Pengerusi PERKIM Negeri Kelantan. Kepada semua anggota KOWAHIDA, tanggungjawab anda menunaikan zakat atas saham di KOWAHIDA telah pun kami tunaikan, semoga dengan ini KOWAHIDA akan terus berjaya dengan perniagaan yang diberkati oleh Allah, insyaAllah.

YB Tuan Guru Nik Aziz gembira menerima hadiah berupa produk HPA, RADIX Cereal adalah makanan kesukaan beliau yang diberitahu kepada kami.

Pengerusi memberi sedikit penarangan kepada YB Tuan Guru mengenai KOWAHIDA dan HPA

Hadir sama adalah 14 orang Anggota Lembaga KOWAHIDA serta Dato’ Nik Amar dan Tuan Hj Apandi mewakili PERKIM Negeri Kelantan. Menteri Besar juga dimaklumkan tentang akan dibuka cawangan Radix Chicken House di Kota Bharu Trade Centre tidak lama lagi. Beliau juga turut berjanji akan merasmikan pembukaan RCH tersebut bila sampai waktu pembukaannya nanti.

1 comment: