Monday, January 11, 2010

Berkuatkuasa Serta Merta

Berkuatkuasa serta merta, pengedar HPA tahun 2006 dan sebelumnya yang dikategorikan sebagai tidak aktif, boleh memohon untuk di taja semula oleh penaja baru. Terma dan syarat adalah seperti biasa.

Tujuan kita melakukan adalah untuk memastikan mereka yang tidak aktif (tidak pernah membeli walaupun satu produk) ditaja semula oleh mana-mana pengedar baru. Kita seharusnya melihat dari sudut yang lebih positif.

Dari sejumlah 600,000 pengedar yang telah mendaftar sejak 2007, hanya 35000 sahaja yang mendapat bonus. Ini menunjukan hanya kurang lebih 5.8% sahaja yang aktif. Sehubungan dengan ini HQ mengambil insiatif untuk menghidupkan sebahagian pengedar yang tidak aktif yang berhajat untuk diaktifkan semula.

Pengedar tak aktif yang dimaksudkan ialah pengedar yang tidak pernah membuat pembelian sejak 2006 sehingga sekarang. Mereka ini perlu membuat surat permohonan menamatkan nombor keahlian lama beserta borang pendaftaran baru dengan penaja yang baru untuk mendapatkan nombor keahlian yang baru. Jika diluluskan oleh MIS nombor keahlian lama akan dibuang dalam sistem.

No comments:

Post a Comment