Monday, January 11, 2010

Koperasi Wahida HPA Berhad

Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Wahida Berhad Sesi 2009-2010


Koperasi Wahida HPA Berhad telah didaftarkan dengan nombor pendaftaran R-6-0086 (Ruj:JPK.Ps.04/2/87) pada 13hb Nov,2006. Diantara tujuan penubuhannya adalah sebagai pembekal bahan mentah utama kepada HPA Ind. Sdn Bhd dalam menjalankan operasinya sebagai sebuah syarikat pengeluar produk suci lagi halal. Koperasi juga adalah sebagai wadah untuk HPA Ind. Sdn Bhd menyalurkan keuntungan yang diperolehinya kepada pelabur yang terdiri daripada pengedar bertauliah kepada Al Wahida Marketing. Sdn Bhd.


DIVIDEN

Kali pertama 2007 Koperasi Wahida HPA Berhad telah mengistiharkan dividen 10%. Dalam Mesyuarat Agung kali kedua 2008 Kowahida HPA Berhad telah mengistiharkan dividen 14% dan telah disahkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM).


SAHAM YANG DIBUKA

Trading Kopi Radix
Ayam Organik
RFC
RCH
Hal Berkaitan Takaful

Kemudahan Untuk Langgan Atau Tambah Syer KoWahida

Kemudahan Untuk Langgan Atau Tambah SyerAnggota Lembaga (ALK) Koperasi Wahida HPA Berhad telah memutuskan dalam mesyuarat ke8/09 pada 30hb September, 2009 yang lalu iaitu:

1) Anggota KoWahida boleh melanggan syer baru atau tambahan syer dengan online ke dalam akaun Koperasi Wahida HPA Berhad melalui bank yang disenaraikan di bawah ini berkuatkuasa serta merta.

BANK ISLAM – 090 100100 46316
MAYBANK – 090 100001 10108
CIMB – 5590 12306 051

Setelah ANDA bank-in [online] duit untuk tujuan langgan syer baru atau tambah syer, langkah seterusnya adalah :-

  • fotostat resit bank-in [untuk simpanan ANDA][sertakan salinan kad pengenalan untuk permohonan baru]
  • serahkan resit asal kepada Pengurus Cawangan HPA atau pembantunya bersama borang keahlian atau borang tambah syer yang telah diisi dengan lengkap.

Mulai 01hb Oktober, 2009 pengurus dan kakitangan cawangan HPA tidak dibenarkan menerima apa-apa bentuk bayaran tunai untuk tujuan melanggan syer baru atau syer tambahan dari mana-mana anggota KoWahida; mereka hanya akan menguruskan penghantaran salinan resit on-line dari anggota KoWahida ke Ibu Pejabat Koperasi Wahida HPA Berhad untuk pengesahan pembayaran.

SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI ANGGOTA KOWAHIDA :-

  • Warganegara
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pekerja HPA atau ahli Al Wahida Marketing Sdn Bhd (ahli HPA)
  • Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi KoWahida.

MODAL SYER per INDIVIDU [Undang-undang kecil #55]

  • Bayaran (yuran) masuk sebanyak RM10.00
  • Syer minima RM200.00 [tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan anggota itu tamat]
  • Syer maksima RM100,000 [Ditetapkan oleh ALK dalam mesyuarat ALK ke 8/09]

TAMAT KEANGGOTAAN [Undang-undang kecil #20]

Keanggotaan seseorang anggota terhenti atas sebab-sebab di bawah ini, mengikut mana yang berkenaan:1-mati, atau2-menarik diri mengikut undang-undang kecil 21; atau3-dibuang mengikut undang-undang kecil 22.

UNDANG-UNDANG KECIL #2121(1)

Seseorang anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi notis bertulis dua belas (12) bulan terlebih dahulu kepada Lembaga. Atas sebab-sebab yang munasabah, Lembaga boleh membenarkan penarikan diri dalam masa yang singkat.


No comments:

Post a Comment